Terma & Syarat
CARA BAYARAN
Pihak Tareeq Al-Jannah menerima bayaran HANYA secara CEK, CASH DEPOSIT MACHINE atau PEMINDAHAN TERUS DALAM TALIAN.
Pembayaran boleh dibuat ke dalam akaun untuk urusan segera seperti untuk penempahan penginapan dan sebagainya dan resit rasmi syarikat akan dikeluarkan.
Tiada agen yang dilantik untuk urusan kutipan wang secara tunai bagi pihak Tareeq Al-Jannah.
Staff daripada Tareeq Al-Jannah TIDAK DIBENARKAN mengutip wang tunai daripada pelanggan walaupun di pejabat syarikat. Pihak Tareeq Al-Jannah tidak akan bertangungjawab dengan transaksi yang dilakukan
SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada Perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut :
PERKARA 3.2.1 :
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan ( mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi ) seorang akan dikenakan.
PERKARA 3.2.2 :
22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : perlucutan deposit pelancongan
15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 35% daripada tambang pelancongan
08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 50% daripada tambang pelancongan
03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 75% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 100% daripada tambang pelancongan
Caj tambahan jika perlu:-
i ) Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat.
ii) Bayaran RM 200.00 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
*** Sekiranya pembatalan dilakukan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan seperti berlaku kematian peserta / ahli keluarga peserta, sakit kritikal, dan sebagainya, pembayaran balik akan dibuat oleh pihak Tareeq Al-Jannah Travel Tours Sdn Bhd. (selepas ditolak kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan & bergantung kepada budi bicara pihak Tareeq Al-Jannah).
*** Sekiranya pembatalan adalah disebabkan masalah VISA / PASSPORT atau lain-lain hal bersangkutan undang-undang keluar masuk Negara dan sebagainya, pihak Tareeq Al-Jannah TIDAK bertanggungjawab dan masih tertakluk kepada syarat-syarat seperti dinyatakan di atas.
Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminta atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.